Disebalik Apa Yang Kita Lihat
Mungkin kita lihat seseorang muslimah itu sopan gayanya, redup pandangannya, baik budi bicaranya, kemas tertutup auratnya malah menjadi satu contoh dan ikutan sahabatnya jua mereka yang melihatnya. Katanya penuh isi, ketawanya menjadi ekslusif kerana sesama perempuan sahaja boleh mendengarnya, dirinya bagai seorang yang ekspres memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Masya Allah, hati ini cemburu pada gadis seperti ini. Senang cerita, melihat gadis ini, sungguh sejuk rasa hati. Tapi, mungkin bila kita telusuri hidupnya,mendengar ceritanya, mengenal isi hatinya. Baru kita tahu.Rupanya, disebalik apa yang kita lihat terdapatbanyak ujian dan dugaan yang dihadapi muslimah itu.Sebalik keramahan yang terpancar itu ada pengalaman suka dukanya, bukan bahagia semuanya tau. Keperitan menghadapi ujian ditutup dengan senyuman yang menenangkan. Setiap orang lain ujiannya dan cara menghadapi ujian itu juga berbeza. Bukan mudah nak betul betul jaga ikhtilat, bukan senang nak jaga percakapan, nak tahan mulut dari umpatan tanpa sengaja, buka senang nak jaga mata dan hati yang sering bermain rasa. Semuanya memerlukan satu perkara yang utuh iaitu MUJAHADAH. Ada yang kata "Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis". Walaupun dia itu sudah dikira sebagai muslimah yang solehah, namun dia juga tak terlepas dari bisikan jahat yang menyuruh buat kemungkaran. Jangan hanya fokus pada hebatnya dia menepis kemungkaran, tapi fokuslah tentang Bagaimana dia meolak bisikan durjana itu. Menjadi solehah, bukan sekelip mata, tapi perlu pada usaha. Tak kira kita dari latar belakang macammana pun, bila ada niat nak berubah, SubhanAllah, sahutlah panggilan itu. Langkah demi langkah kearah kebaikan, sekali dua kali jatuh tu biasalah, nak terus bangun dan melangkah itu perlu pada kekuatan dan ilmu. Berdampinglah dengan rakan atau guru yang boleh membantu tapi jangan lupa pergantungan pada ALLAH itu perlu diutamakan. Pohonlah pada Allah agar dikuatkan hati untuk terus bermujahadah. Insya Allah, Pertolongan Allah itu dekat. Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment