Posts

Kita diuji..

Sesungguhnya, kita akan diuji dengan apa yang telah kita perkatakan, yang kita pernah bicarakan. Paling takut jika kita terlampau lincah melontar nasihat pung pang sana sini, ajak orang amar makruf, tolak kemungkaran, tetapi diri sendiri masih gagal melakukannya. Hakikatnya, tiada siapa yang sempurna. Semoga Allah memberi hidayah buat kita yang selalu alpa dan leka... *muhasabah diri sendiri. Tak perlu sibuk tengok orang lain :)

Disebalik Apa Yang Kita Lihat

Mungkin kita lihat seseorang muslimah itu sopan gayanya, redup pandangannya, baik budi bicaranya, kemas tertutup auratnya malah menjadi satu contoh dan ikutan sahabatnya jua mereka yang melihatnya. Katanya penuh isi, ketawanya menjadi ekslusif kerana sesama perempuan sahaja boleh mendengarnya, dirinya bagai seorang yang ekspres memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Masya Allah, hati ini cemburu pada gadis seperti ini. Senang cerita, melihat gadis ini, sungguh sejuk rasa hati. Tapi, mungkin bila kita telusuri hidupnya, mendengar ceritanya, mengenal isi hatinya. Baru kita tahu. Rupanya, disebalik apa yang kita lihat terdapatbanyak ujian dan dugaan yang dihadapi muslimah itu.Sebalik keramahan yang terpancar itu ada pengalaman suka dukanya, bukan bahagia semuanya tau. Keperitan menghadapi ujian ditutup dengan senyuman yang menenangkan. Setiap orang lain ujiannya dan cara menghadapi ujian itu juga berbeza. Bukan mudah nak betul betul jaga ikhtilat, bukan senang nak jaga percakapan, ...